Thursday , July 31 2014
MESTI BACA

Pengurusan Jenazah

images 1 150x150 Pengurusan Jenazah

Pengurusan Jenazah

Maksudnya: :Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (Allah). (Surah al-Ankabut,57)

Hukum menguruskan jenazah ialah fardhu Kifayah dan wajib atas orang Islam yang hidup menguruskannya. Jika tidak seluruh masyarakat setempat akan berdosa.

KEWAJIPAN TERHADAP JENAZAH

•MEMANDIKAN
•MENGAFANKAN
•MENYEMBAYANGKAN
•MENGEBUMIKAN

TINDAKAN AWAL KETIKA BERLAKU KEMATIAN

•Tutup mata mayat. Mulutnya diikat dari bawah dagu hingga atas kepala dengan kain bersih supaya tidak terbuka.

•Melembutkan sendi-sendi anggota mayat ( jari, siku, lutut, dan kaki ) supaya mudah dimandi dan dikafankan.

•Letakkan sesuatu yang sederhana berat atas perut supaya perutnya tidak kembong.

Tubuh badan mayat ditutup supaya auratnya tidak terdedah. Kemudian, letak mayat di tempat sesuai menghadap kiblat dan kedua-dua tanganya diletak atas dada(qiyam dalam solat)

MEMANDIKAN JENAZAH

- Perbuatan meratakan air ke seluruh anggota tubuh jenazah.

- Tujuan :

* Hilangkan najis serta mengangkat hadas.

* Supaya jenazah bersih dan suci.

CARA MEMANDIKAN JENAZAH

•Letakkan jenazah di tempat yang agak tinggi supaya memudahkan air mengalir.
•Jenazah dihadapkan ke arah kiblat.
Aurat jenazah sentiasa ditutup.
•Muka jenazah ditutup semasa air dijirus ke atasnya.
•Tekan perutnya perlahan-lahan supaya najis dan kotoran keluar.
•Sugikan gigi dan bersihkan lubang hidung serta telinga jenazah.
•Bersihkan seluruh tubuh daripada najis dan benda yang menghalang air.
•Siram seluruh tubuh.Gunakan air yang dicampur dengan daun bidara,kapur barus dan sabun.
•Berniat ketika memandikannya.
•Jenazah hendaklah diwudukkan dengan sempurna

 HIKMAH MEMANDIKAN JENAZAH

•Islam pentingkan kebersihan.
•Menghormati manusia sebagai makhluk yang dimuliakan oleh Allah SWT.
•Membolehkan jenazah disolatkan.
•Menghadap Allah SWT dalam keadaan bersih dan suci.

MENGKAFANKAN JENAZAH

 •Bermaksud menutup seluruh badan.

•Tujuan untuk menjaga maruah dan kehormatan.

•Afdal jenazah lelaki dikafan dengan 3 lapisan kain putih.

•Jenazah perempuan dikafankan 5 lapisan kain putih.

 CARA MENGKAFANKAN JENAZAH

1.Kain kapan dihamparkan sehelai demi sehelai.

2.Setiap lapisan kain ditabur wangian ( kapur barus ) kecuali yang meninggal dunia dalam ilhram.

3.Kedua-dua tangan jenazah diletakkan di antara dada dan pusat seperti Qiam dalam solat.

4.Kapankan jenazah dengan berhati-hati dan lemah-lembut dengan menutup seluruh tubuhnya.

 HIKMAH MENGAPANKAN JENAZAH

•Memelihara kemuliaan jenazah.
•Menutup aib jenazah.
•Memberi keinsafan bahawa manusia itu sama di sisi Allah kecuali orang yang bertakwa.

Kewajipan terhadap jenazah

1.MEMANDIKAN – rujuk di atas

2.MENGAFANKAN – rujuk di atas

3.MENYEMBAYANGKAN - http://sendiri.net/pengurusan-jenazah-2/

4.MENGEBUMIKAN - http://sendiri.net/pengurusan-jenazah-2/

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Koleksi Banner

Scroll To Top
Info Tambahanclose