Thursday , July 24 2014
MESTI BACA

Mengeluarkan Air Mani Di Siang Hari Bulan Ramadhan

Mengeluarkan air mani dengan sengaja akan membatalkan puasa . Batal puasa bagi mereka yang mengeluarkan air mani dengan sendiri atau sengaja.

Hukum Mengeluarkan Air Mani

Tak kira bagaimana cara mereka mengeluarkan air mani tersebut termasuklah onani , bersetubuh dengan isteri atau berkhayal tentang seks sehingga terkeluarnya air mani.Hal ini adalah perbuatan di yang dimurkai Allah dan berdosa.

Puasa mereka batal dan mereka juga perlu meneruskan puasa untuk menghormati Bulan Puasa. Dan puasa tersebut perlu digantikan pada hari lain. kalau selepas setahun tak ganti , diwajibkan fidyah .

Hukum Bersetubuh Di Siang Hari

Bagi mereka yang melakukan persetubuhan pada siang hari , tidak kira sama ada dengan cara halal ( nikah ) atau haram ( tanpa ikatan nikah ) juga dikehendaki meneruskan puasa sebagai menghormati kemuliaan bulan Ramadhan. Setelah itu , mereka juga perlu membayar kifarah atas perbuatan tersebut. Maksud bersetubuh di sini ialah , memasukkan zakar ke dalam faraj . ( jimak lelaki dan perempuan )

Kifarah

Kifarah tersebut ialah membebaskan hamba yang beriman dan sekiranya tidak didapati maka hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak mampu hendaklah memberi makan kepada 60 orang yang miskin . Itulah hukuman kepada sesiapa yang merosakkan puasanya satu hari di bulan ramadhan dengan bersetubuh dengan sengaja.

Sebagaimana Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w, katanya: Celaka aku, wahai Rasulullah. Nabi s.a.w berkata: Apakah yang mencelakakan engkau? Jawab lelaki itu: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada waktu siang di bulan Ramadan. Rasulullah s.a.w berkata: Sanggupkah engkau memerdekakan hamba? Jawab lelaki itu: Tidak sanggup. Rasulullah s.a.w berkata: Hendaklah engkau berpuasa dua bulan berturut-turut?. Jawab lelaki itu: Tidak mampu. Kata Rasulullah s.a.w: Adakah engkau mempunyai makanan untuk diberikan kepada enam puluh orang miskin?. Jawab lelaki itu: Tidak. Kemudian lelaki itu duduk, sekejap lepas itu datang seseorang kepada Nabi s.a.w dengan memberi satu bakul besar berisi tamar. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Sedekahkanlah kurma ini. Kata lelaki itu: Kepada siapakah?. Kepada yang lebih miskin daripada aku? Demi Allah tidak ada penduduk kampung ini yang lebih berhajat kepada makanan selain dari kami seisi rumah. Nabi s.a.w tertawa sehingga terlihat gigi taringnya dan berkata: Pulanglah, berikanlah kurma itu kepada ahli rumahmu.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Air Mani Keluar Tanpa sengaja

Bagi mereka yang terkeluar air mani dengan tidak sengaja tidak terbatal puasa mereka. Tidak sengaja seperti bermimpi atau keletihan.

6 comments

  1. bahaya heee…tu kena control

  2. hoho..jangan cari pasal aa..
    titan recently posted..Apa itu MyKad Smart Shopper?My Profile

  3. nafsu pun kena puasa juga.. jangan asik dok berhayal je.. kurang2kan tengok movie yg ada unsur2.. hehehe
    myvitrd recently posted..Shopping Barang AnakMy Profile

  4. puasa sepatutnya melemahkan nafsu yang nie..
    kakiblog recently posted..Revolusi Minda Blogger Dalam Dunia BisnesMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Koleksi Banner

Scroll To Top
Info Tambahanclose