Tuesday , October 21 2014
MESTI BACA

SAIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRA

Saidatina Fatimah Az-Zahra insan yang mulia dan perlu  kita semua ketahui serta kenali. Puteri Bongsu Kekasih Allah .

BIODATA SAIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRA

NAMA : Fatimah binti Muhammad
KETURUNAN : Quraisy. Puteri bongsu Rasulullah
TARIKH LAHIR : 20 Jamadilakhir 605M (5 tahun  sebelum Nabi Muhammad terima wahyu).
TEMPAT LAHIR : Makkah Al-Mukkaramah.
TARIKH WAFAT : 4 Jamadilawal 11H(28 tahun) (6bulan selepas Nabi wafat).
GELARAN : AZ-Zahra’(putih berseri)
NAMA SUAMI : Ali b.Ali Talib.
NAMA ANAK : Hassan, hussin, zainab
MAKAM : Al-baqi’,Madinah.

Sifat Mulia Saidatina Fatimah :

1. SABAR HADAPI MUSIBAH KEMATIAN  KELUARGA
Sabar menghadapi kematian ibunya Saidatina Khadijah.
Sabar menghadapi kematian kakaknya Ruqaiyyah, Zainab dan Umi Kalthum.
Mengambil tempat ibunya untuk menjaga Rasulullah.
Sabar menghadapi kematian ayahandanya Rasulullah orang yang paling disayangi.

2. Mentaati Ayahandanya
Menjaga Rasulullah selepas kematian ibunya.
Menjaga makan minum Ayahandanya seperti ibunya sehingga mendapat panggilan timangan ” Ummu Abiha ” ( Ibu kepada Ayahnya ).
Beliau tidak berkahwin sehingga Ayahandanya berrkahwin dengan Siti Aisyah.
Walaupun Mahar yang diberikan tidak mahal, beliau mentaati keputusan ayahandanya.

3.  Redha menghadapi kesusahan

Sering kekurangan makanan hingga nabi mendoakan kesejahteraannya di akhirat kelak.

4. Taat kepada Suami

Setia kepada suami
Menjaga maruah sebagai isteri.
Membantu suaminya melakukan kerja-kerja harian seperti menumbuk gandum, menguli tepung dan membakar roti.
Tidak pernah engkar suruhan suami
Menyokong perjuangan dakwah suami.

5. Kejayaan mendidik anak

Hassan, Hussin dan Zainab tidak pernah membantah dan menderhaka.
Hassan dan Hassin dipilih Allah sebagai ‘Ketua Pemuda Ahli syurga’.
Zainab seorang pejuang dan sasterawan Islam pada zamannya.
Ramai keturunan beliau menjadi ulama’ dan tokoh ilmuwan Islam sehingga akhir zaman.

6.  Tidak berbangga walaupun anak Rasulullah

Beliau tidak pernah sombong walaupun beliau anak Rasulullah yang memimpin negara Madinah. Antara bukti beliau memiliki sifat mulia tersebut ialah :
Beliau tidak tamak menggunakan harta Baitul Mal untuk kegunaan peribadi.
Beliau tidak mendesak Rasulullah memberi khadam walaupun hidupnya susah.
Beliau sangup menerima tetamu daripada anak yatim, orang miskin dan tawanan perang. Beliau dan suaminya sanggup menahan lapar kerana menghidangkan makanan kepada tetamu.

7. Bertanggungjawab menjaga ayahandanya ketika sakit

Sentiasa berada disamping Rasulullah ketika sakit.
Amat mengambil berat terhadap ayahandanya dengan merawat dan menjaga makan minumnya.
Ketika berumur 10 tahun, beliau membersihkan kepala dan belakang Rasulullah yang berlumuran najis kerana dilontarkan oleh musyrikin Quraisy ketika baginda sedang sujud berdekatan kaabah.

 Sumbangan Saidatina Fatimah :

Pendorong semasa Nabi menerima tentangan daripada Musyrikin Quraisy di Mekah.
Sentiasa membantu semasa Rasulullah SAW berdakwah.
Membantu suaminya berdakwah dan bersiap ke medan perang.
Bersama wanita islam lain merawat tentera islam semasa Perang Uhud
Menyediakan makanan untuk tentera islam semasa Perang Khandaq.

Lampiran : http://alraudahalridho.tripod.com/id14.html

Sikap Rasulullah terhadap Fathimah as

Rasulullah mengaitkan Fatimah AH dengan dirinya S.A.W. Justru Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Fatimah adalah daripadaku dan barang siapa yang membuat dia marah, akan membuat aku marah.” [Al-Bukhari, Jilid V, hadith 111]

Ketika berpergian, Fatimah AH adalah orang yang paling akhir beliau S.A.W mengucapkan selamat tinggal, dan ketika pulang dia (Fatimah AH) adalah orang yang pertama yang ditemui oleh ayahnya S.A.W. [Bihar, Jilid 43, hlm.39-40; Ahmad bin Hanbal, Musnad, Juzuk 5, hlm.275; Al-Baihaqi, Sunan, Juzuk 1, hlm.26].

Imam Ali AS suatu ketika bertanya kepada Rasulullah S.A.W:
” Wahai Rasulullah! Siapakah di kalangan keluargamu yang paling dekat denganmu? Fatimah binti Muhammad,” jawab baginda S.A.W.
[Al-Tabari, Dhakair al-Uqba; Al-Tirmidzi, Sunan. hlm.549; Al-Mustadrak, Jilid 3, hlm.21 dan 154]

Fathimah az-Zahra Pemimpin Wanita di Surga

Fatimah al-Zahra as (ucapan Alaiha Salam silakan rujuk misalnya dalam Sahih Bukhari, Juzuk 5, hadith 368, dan 546)adalah puteri Rasulullah SAWA. Ibunya Khadijah adalah isteri Rasulullah S.A.W yang pertama dan amat dikasihinya. Tentang Khadijah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: “Empat wanita yang terbaik ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran, dan Asiah binti Muzahim isteri kepda Firaun.” [Muhibuddin al-Tabari, Dhakha'ir al-Uqba fi Manaqib Dhawi al-Qurba, hl.42; Al-Hakim alam al-Mustadrak, Juzuk 3, hlm.157].

Fatimah AH mempunyai nama-nama timangan seperti Ummal Hasan, Ummal Husayn, Ummal Muhsin, Ummal A’immah dan Umma Abiha [Bihar al-Anwar' Juzuk 43, hlm.16]

Rasulullah SAWA menggelarkannya Fatimah AH sebagai “Ummu Abiha” bermaksud ibu kepada ayahnya. Ini kerana Fatimah AH sentiasa mengambil berat tentang ayahandanya yang dikasihi itu. Selain daripada itu gelaran-gelaran lain ialah Zahra, Batul, Siddiqah Kubra Mubarakah, Adhra, Tahirah, dan Sayyidah al-Nisa [Bihar al-Anwar, Juzuk 43, hlmn.16]

Fatimah dilahirkan pada 20 Jamadil Akhir di Mekah yaitu pada Hari Juma’at, tahun kelima selepas kerasulan Nabi Muhammad S.A.W [Manaqib Ibn Shahrashub, (Najaf), Juzuk 3, hlm.132; al-Kulaini, al-Kafi; Misbah al-Kaf'ami; Syeikh al-Mufid, Iqbal al-Amal]. Tempat beliau dilahirkan ialah di rumah ayahanda dan ibundanya iaitu Rasulullah S.A.W dan Khadijah al-Kubra. Beliau Fatimah AH wafat pada tahun ke-11 hijrah iaitu selepas enam bulan kewafatan ayahandanya Rasulullah S.A.W [al-Bukhari, Sahih, Juzuk 5, Hadith 546]

Kelahiran Fatimah AH amat menggembirakan Rasulullah SAW. Beliau S.A.W bersabda tentang Fatimah AH: ” Dia adalah daripadaku dan aku mencium bau syurga dari kehadirannya.”[Kasyf al-Qummah, Juzuk 2, hlm.24].

Ketika masih berumur dua tahun Fatimah AH turut bersama-sama ayahanda dan bondanya di perkampungan Shi’bi Abi Talib kerana di boikot oleh masyarakat Mekah. Kemudian pada tahun ke sepuluh kerasulan, bondanya Khadijah pula meninggal dunia. Peristiwa ini menjadikan Fatimah banyak bergantung hidup kepada ayahandanya Muhammad Rasulullah S.A.W.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Koleksi Banner

Scroll To Top
Info Tambahanclose