Sunday , October 26 2014
MESTI BACA

Adakah HARAM jika sepasang suami isteri itu bersetubuh pada malam raya?

Soalan
Assalamualaikum..
Adakah HARAM jika sepasang suami isteri itu bersetubuh pada malam raya?

Jawapan
Wa’alaikumussalam wbt.
Kenyataan itu adalah tidak benar dan tidak ada nas atau dalil yang qat’ie (pasti) menyebut tentang perkara berkaitan. Walau bagaimanapun ulama’ menyarankan supaya umat Islam menghidupkan 2 malam hari raya dengan memperbanyakkan zikir, tahmid, tahlil, taqdis, takbir dan tasbih. Ini berdasarkan kepada maksud hadis yang bermaksud:
” Sesiapa yang menghidupkan 2 malam hari raya( amalan tahmid, tahlil, takbir ,membaca al-Quran dll) maka Allah tidak akan mematikan hatinya pada masa hati orang lain mati”.
( Bukhari dan Muslim )
Berdasarkan kepada maksud hadith ini jelas menggalakkan kepada umat Islam supaya memperbanyakkan amalan-amalan sunat terutama pada malam hari raya. Ini bertujuan untuk meningkatkan keimanan, ketakwaaan dan penghayatan mereka bagi meraih ganjaran daripada Allah yang berlipat ganda.

2 comments

  1. perkongsian menarik bro thanks
    Khairul Zamri recently posted..Melayu BolehMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Koleksi Banner

Scroll To Top
Info Tambahanclose